Thursday, July 16, 2009

PERJALANAN KE LANGKAWI

Glitter Words



Pengunjung yang menggunakan jalan darat dapat pergi menuju Kuala Kedah atau Kuala Perlis di bahagian barat laut pesisir semenanjung Malaysia, dengan keberangkatan utamanya adalah menggunakan kapal feri menuju Langkawi. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Kedah memakan waktu sekitar enam jam, sementara untuk ke Kuala Perlis di tambah satu jam lagi. Fasilitis parking kenderaan tersedia di setiap dermaga.

Glitter Words


Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terletak di Padang Matsirat, kira-kira 20 kilometer dari Pekan Kuah dan 8 kilometer dari Pantai Cenang. Penerbangan langsung dari Kuala Lumpur ke Langkawi di sediakan oleh MAS / AIRASIA / FIREFLY setiap hari.

Glitter Words


Kereta Api Tanah Melayu Behad (KTMB) menyediakan perjalanan dengan kete api yang nyaman dan dengan harga yang ekonomi dari Kuala Lumpur ke Alor Setar dan Arau. Dari Alor Setar atau Arau, anda kemudian dapat mengunakan teksi atau bas menuju ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis secara berurutan dan kemudian baru mengunakan feri menuju ke Langkawi.

Glitter Words


Feri ke Langkawi boleh di naiki melalui Kuala Kedah atau Kuala Perlis atau Penang. Perjalanan ke Langkawi dari Kuala Kedah memakan waktu sekitar 1 jam 45 minit sehingga 2 jam dengan harga rm 23.00 dewasa dan rm 17.00 kanak2 seorang,dan dari Kuala Perlis pula 45 minit sehingga 1 jam dengan harga rm 18.00 dewasa dan rm 13.00 kanak-kanak seorang, perjalanan dari Penang ke Langkawi memakan waktu sekitar 2 jam 30 minit sehingga 3 jam.. semua waktu perjalanan feri bergantung kepada keadaan cuaca.

NO TEL KAUNTER DARI
KUALA KEDAH/KUALA PERLIS-LANGKAWI
LANGKAWI 04-9663988
KUALA KEDAH 04-7626295/6296
KUALA PERLIS 04-9851899/2690
PENANG 04-9663779

No comments:

Post a Comment

Post a Comment